Selamat datang ke blog saya, ini adalah blog pertama saya. Saya sebagai pelajar banyak tekanan hidup dalam persekolahan mahupun keluarga. Jadi, saya ingin sampaikan maklumat tentang penjagaan yang betul atau mengambil berat tentang anak anak dengan betul
sekarang ramai ibu bapa tidak tahu cara menjaga anak anak berumur 18 tahun keatas. Sebab itu anak anak suka memberontak terhadap ibu bapa. Kerana terlalu memikirkan tentang hal lain di sekolah, atau apa sahaja (Lebih kepada stress dan tekanan).
1. Mengetahui jadual anak anak waktu belajar
- Ibu bapa seharusnya bertanya kepada anak anak tentang jadual belajar mereka. Hal ini kerana , setengah anak anak yg suka belajar pada waktu malam tidak suka dilihat orang masa mereka (ingin fokus) dan tidak suka ada gangguan seperti bunyi bising (televisyen, orang bercerita, dan sebagainya) pada waktu pagi dan petang. Ibu bapa seharusnya faham tentang anak anak yang sudah berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang ibu bapa nanti nantikan.
2. Tidak memberi kerja di rumah terlalu banyak
- Ibu bapa wajar tidak memberi kerja rumah yang terlalu banyak kepada anak anak. Kerana mereka juga harus menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mereka. Selain itu mereka harus mengulang kaji untuk persiapan stpm atau peperiksaan yang penting. Jika anak anak terlalu berfikir mereka boleh di senaraikan dalam mengahadapi stress kerana terlalu memikir banyak perkara dan kekurangan masa untuk belajar. Sebagai contoh, ibu bapa menyuruh anak anak membuat kerja di rumah yang terlalu banyak sehingga mereka tiada masa untuk belajar.
3. Tidak memarahi anak anak semasa mereka sibuk belajar ketika anak anak tidak dapat membantu yng disuruh
- ibu bapa tidak seharusnya mengganggu anak anak ketika mereka sedang belajar. Ketika mereka belajar dan ibu bapa yang serik memarahinya, mereka akan cepat lupa apa yang mereka telah pelajari kerana terlalu banyak fikir itu dan ini.
Semoga ibu bapa dapat memberi kerjasama untuk anak anak; supaya mereka tida terbeban dengan hal lain.